USAHAWAN Siti Jamumall mengesahkan sudah menamatkan zaman janda apabila melangsungkan perkahwinan dengan personaliti media sosial Aiman Tak Kesah.
Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 25, bagaimanapun belum bersedia berkongsi butiran mengenai perkahwinannya dengan Aiman kepada umum.
“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.
Siti sah bergelar isteri buat kali kedua.