ISU tunggakan gaji dengan kelab-kelab di Liga Malaysia (Liga M) tidak pernah menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
Baru-baru ini, kem Sabah FC dilihat masih terperangkap dalam perkara itu selepas pendedahan yang ditunjukkan oleh penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Dalam laporan Majoriti sebelum ini, Fahmi memberikan isyarat yang isu gaji masih berlarutan hingga dia mengatakan “sudah tiga bulan rumah tiada bekalan elektrik”.