Sukan

Dimiliki kerajaan negeri, TFC-Penang FC ‘tidak bersalah’ terima suntikan dana

NAMA Terengganu FC menjadi tumpuan selepas kelab itu menandatangani perjanjian bersama-sama sebuah syarikat iaitu XFOX Market Holdings Sdn. Bhd. pada Ahad.

Kerjasama itu menyaksikan XFOX bakal menjadi penaja platinum bagi kelab itu dengan logo mereka akan terpampang pada jersi Terengganu ketika mereka beraksi di Piala Shopee kelak sambil skuad Penyu menerima tajaan berjumlah RM1.5 juta.

Namun begitu, timbul reaksi yang kurang senang oleh penyokong mereka dengan kerjasama itu selepas info berkenaan syarikat tersebut yang sebenarnya dalam senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM) tersebar.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%