BAGAI bulan jatuh ke riba, pelakon Elfira Loy mendedahkan peluang mengerjakan ibadah haji adalah atas jemputan Kementerian Media Arab Saudi.
Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memaklumkan khabar gembira tersebut diterimanya selepas menghantar ibunya berangkat ke Tanah Suci Makkah beberapa hari lalu.
“Saya menyambut baik panggilan Allah melalui sambutan haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi.