BERMULA sebagai pelakon ekstra, bakat bintang cilik Rafique Iskandar semakin menyinar apabila dia mula mendapat pelbagai tawaran berlakon drama dan filem.
Disebabkan jadual lakonannya semakin padat, pemilik nama sebenar Rafique Iskandar Mohamad Khalifa, 10, ini turut meminta ibunya iaitu Miez Salma berhenti kerja bagi menguruskan kariernya.
Kata Rafique, dia percaya ibunya dapat menguruskan karier seninya dengan baik memandangkan wanita itu juga pernah bergelar pelakon sebelum ini.