SERING terpalit dengan pelbagai kontroversi, penyanyi Khai Bahar mendedahkan pernah bergantung kepada ubat tidur bagi membolehkan dia berehat sekitar tahun 2019.
Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata ketika itu dia terkena serangan panik dan kebimbangan melampau membuatkan dia mendapatkan rawatan.
“Saya pernah kena serangan anxiety dan serangan panik sehingga saya rasa lost. Saya pergi dapatkan rawatan dan doktor syak saya ada kemurungan dan anxiety.
Khai pernah rasa berjuang untuk terus hidup.