WARTAWAN The Star, T. Avineshwaran muncul juara kategori Ulasan Berita Terbaik Media Cetak Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100Plus 2023 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada Khamis.
Avineshwaran pada awalnya tersenarai sebagai lima finalis terbaik kategori tersebut menerusi ulasan berita bertajuk ‘Why silence the players, just for being honest?‘
Kemenangan Avineshwaran dalam penganjuran Anugerah SAM-100Plus 2023 itu sekali gus menyaksikan satu pengiktirafan buat The Star yang pastinya menambah kepercayaan pembaca kepada akhbar bahasa Inggeris nombor satu Malaysia itu.