SEJARAH Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan banyak menggunakan tenaga dari Argentina sama ada mereka tiba sebagai pemain atau kakitangan kejurulatihan, ia pasti akan memberi impak positif buat Harimau Selatan.
Antara pemain-pemain Argentina yang pernah bermain dengan JDT adalah Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa, Leonel Nunez, Pablo Aimar, Leandro Velazquez dan penyerang sayap semasa, Fernando Forestieri.
Semua nama berkenaan mempunyai cerita manis bersama juara bertahan Liga Super itu namun Nunez menjadi antara import unik kelahiran Argentina yang pernah berada dalam lipatan sejarah Harimau Selatan.