KEM Sabah FC baru-baru ini terpalit dengan dakwaan mengalami masalah gaji selepas beberapa pemain Sang Badak seperti Farhan Roslan dan Saddil Ramdani menunjukkan isyarat empat menggunakan jari.
Isyarat empat itu ditunjukkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee selepas berjaya menundukkan PSIS Semarang dalam aksi RCTI Premium Sports dengan keputusan 2-1 di Stadium Antarabangsa Jakarta, Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu.
Isu dalaman itu bagaimanapun tidak seteruk seperti digambarkan segelintir pihak apabila Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid memaklumkan bahawa khabar angin berkenaan adalah berupa ‘serkap jarang’ atau tuduhan sembarangan.