JIKA masa boleh diputar kembali, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki akan mengubah beberapa perkara yang pernah dilakukan dalam hidupnya.
Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, ini termasuk cara dia mendidik anak-anaknya selain mengejar kejayaan dalam karier dengan cara berbeza dan bijak.
“Kejayaan yang patut saya cari perlu lebih bijak fasal dalam hidup kita banyak ‘try and error‘. Kehidupan kita ini tiada buku manual bagaimana cara menjaga anak atau cara bekerja.