ISU perobohan rumah penduduk di Kampung Sri Makmur, Gombak, Selangor kini semakin berpanjangan apabila terdapat dakwaan baharu berhubung penyewaan rumah.
Melalui video tular di media sosial sejak Selasa, seorang wanita dikenali dengan nama Nora dipercayai menyewakan rumah dengan tujuh pintu kepada warga warga asing.
“Dia duduk luar, rumah bagi sewa kepada warga Myanmar. Kita tak pernah bagi sewa, ada satu rumah satu pintu sahaja,” dakwa penduduk dalam video tular berkenaan.