PERCUBAAN pelakon Meerqeen untuk bercakap dalam bahasa Indonesia nampaknya tidak berjaya menambat hati peminatnya.
Mana tidaknya Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen, 23, dilihat cuba bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama berjudul Modus Operandi namun kelihatan kaku dan dibuat-buat.
Malah cara dia menuturkan dialognya masih jelas kedengaran slanga bahasa Melayu.
Antara babak Meerqeen bertengkar dengan teman wanitanya.