BAHANG menjelang perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 6 Jun semakin dirasai dengan aksi akan berlangsung dalam keadaan sejuk di Bishkek, Kyrgyzstan.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan anak buahnya tidak dapat bermain dengan tenang kerana ketiadaan beberapa pemain utama penyerang seperti Faisal Halim, Darren Lok, Arif Aiman Hanapi dan Syafiq Ahmad akibat kecederaan.
Tambahan pula, Kyrgyzstan akan turun sebagai pasukan pilihan selepas kini pasukan itu berada di kedudukan lebih tinggi (ke-100) daripada Harimau Malaya yang kini menghuni carta ke-138 dalam ranking dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).