KEHADIRAN Clayton da Silva pada awalnya ditentang rata-rata penyokong Perak FC yang lebih berminat dengan penyerang di Liga India, Wilmar Jordan selepas pemain itu dikaitkan berbulan-bulan lamanya.
Namun, selepas tiga perlawanan, penerimaan terhadap peledak dari Brazil itu mula dilihat di media sosial selepas penyokong skuad The Bos Gaurus (TBG) mula berpuas hati akan persembahannya.
Ini selepas pemain berusia 28 tahun itu mencipta satu bantuan jaringan cukup baik kepada Lee Tae-min dalam aksi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk memberikan kemenangan pertama mereka dalam Liga Super musim ini.