KOLABORASI bersama Datuk Shiela Majid dalam satu konsert yang bakal berlangsung pada 29 Jun nanti bagaikan satu mimpi jadi kenyataan buat kumpulan muzik asal Indonesia iaitu Diskoria.
Bagi dua anggotanya iaitu Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat, persetujuan Sheila satu penghargaan besar buat mereka kerana bukan mudah untuk mendapatkan figura tersebut.
Malah kata mereka, ramai dalam kalangan artis dari Indonesia juga turut meluahkan rasa cemburu atas kolaborasi ini.
Aat (kiri) dan Merdi teruja untuk bertemu peminat Malaysia.