JARAK usia bukan menjadi penghalang buat pelakon Muntazar Gufran memilih aktres Saidah Kamarudin untuk dijadikan teman hidupnya.
Mula berkenalan sejak Januari tahun lalu, Muntazar atau Muhahammad Muntazar Gufran, 21, juga sudah bergelar tunang Saidah yang berusia 28 tahun.
Bagi Muntazar keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin Saidah adalah wanita terbaik buatnya.
Keluarga juga menerima baik hubungan Muntazar dan Saidah.