SELEPAS hampir seminggu mengadu sakit pada bahagian perut, pelakon dan pelawak Ilya atau Pak Ya bakal menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh anaknya kenali sebagai Dahlia, 21, memberitahu doktor mengesahkan bapanya perlu menjalani pembedahan itu selepas melakukan ujian endoskopi dilakukan pada Sabtu.
“Hari Jumaat lalu ayah sendiri yang minta dibawa ke hospital. Kalau dia yang minta bermakna memang dia sudah tidak tahan. Selepas melakukan pemeriksaan terdapat batu dalam hempedu dan ayah perlu jalani pembedahan esok (Rabu).
Antara rakan yang menziarahi Ilya.