PELAKON dan penyanyi Alif Satar akan sentiasa mengingati kebaikan sahabatnya iaitu Nabil Zamanhuri yang menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Ahad.
Alif atau Muhammad Alif Satar, 34, berkata, Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang berbakat besar selain sangat positif tentang kehidupan.
“Arwah seorang yang boleh menyanyi dan menari. Seorang yang berbakat besar.
Alif membuat perkongsian itu menerusi hantaran di Instagram.