NAMPAKNYA isu yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia timbul kembali apabila dua individu warga Singapura didakwa sengaja membeli petrol bersubsidi di negara ini yang lebih murah dengan memberi tips kepada seorang pekerja stesen minyak.
Kejadian di salah sebuah stesen minyak yang berlokasi di Johor Jaya, Johor itu juga sempat dirakam oleh orang awam dan dimuat naik semula di media sosial X (Twitter), @update11111 pada Khamis.
Melalui video yang dikongsikan kelihatan pekerja stesen minyak itu turut membersihkan kenderaan jenis Mazda milik warga Singapura tersebut.