PEMAIN pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhd Syafiq Ahmad yakin pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu melakukan sesuatu yang baharu untuk menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada bulan depan.
Syafiq juga sedia membalas kepercayaan Pan-gon selepas diketepikan daripada tugasan kebangsaan sejak tahun lepas termasuklah skuad ke Piala Asia.
Namun pemain berusia 28 tahun itu berada dalam senarai 26 pemain yang dipanggil oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.