TEKONG utama negara, Syahir Rosdi mendedikasikan kejayaan muncul juara acara regu di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sebagai hadiah buat pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid, 5 Mei lalu.
Syahir berkata, dia dan rakan sepasukan mengharapkan Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey itu cepat sembuh dan kuat menghadapi ujian yang menimpa dirinya.
“Kemenangan bagi acara regu di Piala Dunia ini kami hadiahkan buat Faisal Halim yang sedang berjuang untuk kerjaya dan kariernya. Kami pasukan Malaysia mendoakan agar dia cepat sembuh. We Stand for Faisal Halim,” katanya.