GARA-GARA mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam, pendakwah bebas Ustaz Datuk Mohammad Kazim Elias mendedahkan dia dan isteri terpaksa tidur berasingan.
Menurut Kazim, 52, dia terpaksa melakukan tindakan itu kerana tidak mahu menganggu waktu rehat isterinya.
“Saya reda dan terima hakikat Allah tak bagi saya tidur, jadi saya ganti sahaja dengan amalan yang lain.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Sehinggakan saya dan isteri tidur bilik berasingan, sebab kalau tidur sekali, dia takkan boleh tidur sebab saya bangun buat kerja rumah macam mop lantai, sapu sampah dan lain-lain.
Kazim pernah berkongsi menderita sakit kulit angkara sihir.
“Isteri dan anak-anak pun dah faham, saya reda je, janji boleh buat kerja, syukur saya tak ada masalah mengantuk dan penat untuk mengajar di sekolah keesokan harinya,” katanya kepada mStar.
Kazim mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media perasmian edisi khas set pengurusan jenazah KAF Digital di Restoran Ketam Viral, Bangi, Selangor pada petang Rabu.
Pernah berkongsi mengenai penyakit misteri yang dihadapinya sebelum ini, Kazim menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya dia menolak untuk melakukan rawatan secara perubatan moden.
Sebaliknya penceramah itu sudah memberitahu sudah menghabiskan ratusan ribu ringgit di hospital sebagai ikhtiar untuk merawat kesakitan yang dialaminya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kazim Elias kongsi derita disihir, mandi keluar jarum… Reda jika sakit misteri ragut nyawa, mahu mati dalam dakwah
ARTIKEL BERKAITAN: Alami luka, berdarah secara tiba-tiba… Kazim Elias akhirnya bercerita tentang penyakit misterinya
“Saya punya pemikiran setiap kali saya sakit, saya dapat rezeki lain, jadi buat apa saya nak kisah… terbaharu dapat pula tawaran watak utama dalam sebuah filem.
“Semua penyakit saya rujuk hospital. Sakit kulit saya lalui sebelum ini, saya jumpa 15 pakar sampaikan doktor pun ambil daging saya untuk periksa penyakit itu tapi keputusannya negatif.
“Selepas negatif baru saya ikhtiar cara lain, saya tak pernah menolak perubatan moden seperti dakwaan masyarakat. Banyak sudah saya habiskan untuk berubat, rasanya sehingga ratusan ribu ringgit,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kazim juga mendedahkan mengenai kisah sepasang suami isteri yang tampil mengaku telah menghantar sihir terhadapnya pada tahun 1997.
Isteri dan anak-anak pun dah faham, saya reda je, janji boleh buat kerja,
USTAZ KAZIM ELIAS
PENDAKWAH BEBAS
Dia bagaimanapun sudah memaafkan pasangan itu dan menjalinkan hubungan baik sehinggalah akhir hayat lelaki berkenaan.
“Kali pertama saya kena sihir pada tahun 1997… muntah darah, sebulan sakit tak boleh makan, tidur, badan kurus kering.
“Kemudian ada suami isteri datang jumpa saya dan mereka minta maaf. Mereka mengaku telah sihir saya… saya tanya berapa kos buat benda ini, mereka kata RM30,000, tapi itu pada tahun 1997.
“Kalau mereka tak minta maaf pun saya dah maafkan… saya ambil suami dia jadi pemandu peribadi saya, dan apabila suami dia meninggal saya yang mandikan jenazah dia,” jelasnya.
Kazim dijumpai ketika sidang media perasmian edisi khas set pengurusan jenazah KAF Digital.
Sebelum ini Kazim mendedahkan daia sukar tidur akibat perbuatan sihir sejak 15 tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Kazim dilantik menjadi duta kepada edisi khas set pengurusan jenazah KAF Digital dan filem lakonannya iaitu Zim Zim Ala Kazim akan menemui penonton di pawagam pada 13 Jun depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!