PENERBIT Datuk A. Aida tetap dengan pendirian untuk terus memboikot artis bermasalah walaupun mereka sudah mengakui dan insaf atas kesalahan dilakukan.
Tegas A. Aida atau Zaidah Awang, 54, dia akan ‘blacklist’ artis bermasalah termasuk pelakon Ruhainies daripada sebarang projek syarikat produksinya selama tiga tahun sebagai pengajaran.
“Zaman saya bermula dulu, kalau ada artis terlibat dadah, tangkap khalwat, mabuk semua kena boikot dua ke tiga tahun,” katanya kepada mStar.
A. Aida sentiasa mahu menjaga nama baik syarikat produksinya.