PERLAWANAN antara Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya bakal disaksikan lebih 15,000 penyokong pada Sabtu.
Walaupun akan beraksi di hadapan penyokong Gergasi Merah itu, Kedah berkeinginan untuk mengambil langkah kanan dalam usaha untuk menang ke atas Selangor dalam pertemuan kedua Liga Super mereka pada malam ini.
Perlawanan berkenaan dianggap wajib ditonton kerana skuad The Red Giants kembali beraksi selepas menarik diri daripada Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hujung minggu lalu.






