SEORANG pemandu lelaki meraih pujian warganet susulan tindakan murninya yang sanggup meredah bahaya demi membantu pasangan berbangsa India yang ditimpa kesusahan di lebuh raya berhampiran Hentian Rehat Jejantas Sungai Buloh, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Pasangan terbabit yang juga bersama seorang anaknya ketika kejadian, dilihat terpaksa berjalan di lorong kecemasan kerana tayar motosikal dinaiki bocor.
Menyedari situasi tersebut, pemandu yang tidak dikenali identitinya itu tampil membantu dengan menumpangkan wanita dan anaknya hingga ke hentian stesen minyak berhampiran.