Background

Pagi On Suria

Meriahkan pagi anda bersama penyampai Pagi On Suria, Ajak, Elly dan Fad setiap Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi!

Waktu Rancangan
6.00 pagi – 7.00 pagi
Ulangan Terbaik Pagi On Suria :
Ulangan Terbaik Pagi On Suria semalam.
Berita Viral :
Perkongsian isu-isu global, semasa atau viral yang sedang hangat diperkatakan.
Warong Kopi Suria :
Borak bersama pendengar untuk mereka berkongsi ‘mood’ dan ‘plan’ mereka sempena hari itu melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
7.00 pagi – 8.00 pagi
Berita Viral :
Perkongsian isu-isu global, semasa atau viral yang menjadi perhatian masyarakat atau sedang hangat diperkatakan.
Refleksi di Suria :
Sketsa penyampai Pagi On Suria dan Ustaz Amin dalam membincangkan masalah semasa pendengar termasuk isu agama, adab, keluarga dan masyarakat.
Borak Pagi (Isnin – Khamis) :
Topik berkaitan isu-isu semasa, cinta, kekeluargaan, masyarakat akan dibincangkan. Pendengar boleh berkongsi pandangan dan pengalaman mereka berkaitan dengan topik hari itu.
8.00 pagi – 9.00 pagi
Borak Pagi (Isnin – Khamis) :
Topik berkaitan isu-isu semasa, cinta, kekeluargaan, masyarakat akan dibincangkan. Pendengar boleh berkongsi pandangan dan pengalaman mereka berkaitan dengan topik hari itu.
Refleksi di Suria (Jumaat) :
Pendengar boleh berkongsi masalah semasa mereka termasuk isu agama, adab, dan keluarga bersama Ustaz Amin.
9.00 pagi – 10.00 pagi
Lim Tat Led Box Karaoke :
Pendengar boleh memilih sebuah lagu 90an yang paling bermakna dalam hidupnya dan berkongsi kenangan disebalik lagu tersebut.
Ulangan Terbaik Pagi On Suria :
Ulangan Terbaik Pagi On Suria hari itu.
Refleksi di Suria :
Sketsa penyampai Pagi On Suria dan Ustaz Amin dalam membincangkan masalah semasa pendengar termasuk isu agama, adab, keluarga dan masyarakat.
Berita Viral :
Perkongsian isu-isu global, semasa atau viral yang menjadi perhatian masyarakat atau sedang hangat diperkatakan.

 


Profil Penyampai

Ajak

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi B.Razak merupakan seorang pelawak, pengacara dan pelakon yang berasal daripada Kluang Johor.

Terkenal dengan gelaran Baba, Ajak merupakan seorang yang bersifat penyayang dan suka melayan anak-anak.

Perkara yang peminat tidak tahu mengenai Ajak ialah beliau seorang yang lembut hati.

Tiga perkara yang menggambarkan AJAK : Simple, Realistik dan Pendiam.

Fad

Muhammad Fadzlie Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey (lahir 13 Februari 1991) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia.

Elly

Nurul Elyana Kamalul Arifin (lahir 21 November 1989) atau lebih dikenali sebagai Elly Arifin ialah pelakon, pengacara, wartawan penyiaran, penyanyi dan penerbit wanita Malaysia. Beliau terkenal kerana mengacarakan rancangan televisyen seperti hLive, Unplugged dan Propaganza di saluran Astro Ria. Memulakan kariernya dalam industri hiburan selepas beliau melanjutkan praktikal diploma di Astro Awani menerusi program Gala TV. Kemudian Elly bekerja sebagai wartawan penyiaran separuh masa di situ selama setahun sehingga dipanggil untuk berkhidmat di dalam program Propaganza.