JOHOR Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan perlawanan pertama Liga Super mereka musim ini dengan menerima kunjungan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu ini.
JDT yang sepatutnya beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih kempunan untuk menguji import baharu mereka selepas Selangor FC menarik diri atas faktor keselamatan pemain dan pegawai-pegawai Gergasi Merah.
Harimau Selatan musim ini mengambil pendekatan untuk berjimat namun tetap menandatangani pemain import dan tempatan baharu.





