PEMAIN import Filipina, Manuel Gelito Ott pulang semula ke Terengganu FC selepas setahun beraksi di bumi Darul Aman selepas mengikut jejak langkah bekas pengendali Sang Penyu, Mohd Nafuzi Zain untuk menyempurnakan taktikal ‘Nafuzi Ball’ sebagai arkitek utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada musim lalu.
Namun bezanya kali ini, tonggak utama pasukan kebangsaan Filipina itu gagal mengulangi kejayaan seperti yang diraihnya ketika bersama TFC sebelum ini.
Tidak cukup dengan itu, Ott juga dilihat gagal membantu Kedah berada di tempat kedudukan dua terbaik liga untuk layak ke pentas Asia musim ini.






