Background

Hello Suria

Hiburkan diri anda dengan lagu-lagu pilihan dan dedikasi ucapan setiap hari Sabtu dan Ahad.


Profil Penyampai

cik-piah-vibe-suria-playlist-suria-hello-suria

Cik Piah

Lebih dikenali dengan nama Feeya Iskandar atau Cik Piah, pemilik nama Nor Shafiza binti Iskandar Azizan ini berasal dari Pasir Gudang, Johor.

Feeya Iskandar merupakan seorang yang berpengalaman sebagai penyampai di beberapa buah stesen radio. Gemar berkongsi tips dan petua berguna buat pendengar setia.

Apa yang peminat tidak tahu mengenai Feeya Iskandar adalah beliau tidak suka memakai seluar yang berzip!

Tiga perkara yang menggambarkan FEEYA ISKANDAR : mulut becok, gila-gila dan kuat selfie!

irsyad-kafe-suria-hello-suria

Irsyad

Irsyad memulakan tugas secara rasmi pada malam ini dan akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam manakala segmen popular Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin mula bersiaran pada hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bermula 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

Irsyad mendapat pendidikan awal di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam bidang Asasi Sains di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Dia juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Agroteknologi) dalam bidang Akuakultur dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kini sedang melanjutkan pengajian Sarjana Sains (Master) Akuakultur di Universiti Putra Malaysia (UPM).