MEMULAKAN kerjaya seni di usia muda bukanlah mudah tetapi penyanyi cilik Asyraff Khan bijak seimbangkan di antara pelajaran dan nyanyian.
Kata Asyraff atau Amirul Asyraff Khan Hamimi Shamsul, 12, walaupun sibuk dengan tugasan di sekolah namun dia tetap akan memperuntukkan masa untuk berlatih vokal pada setiap hari.
“Saya pergi sekolah seperti biasa setiap pagi kemudian saya akan buat latihan vokal pada waktu malam pula.

Asyraff mengakui pelajarannya tidak terganggu.






