SELEPAS namanya dipetik beberapa kali dalam gerakan Blockout2024, pelakon Mira Filzah akhirnya tampil bersuara mempertahankan diri.
Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, menyangkal dakwaan dia mengambil pendekatan berdiam diri daripada bercakap tentang isu Palestin di media sosial miliknya.
Sebaliknya kata Mira, dia aktif mengetengahkan isu berkenaan sejak Januari lalu dan bukannya baru berkongsi tentang rakyat Palestin sejak gerakan tersebut tercetus.

Mira kongsi hantaran yang pernah dilakukan.






