Sukan

Faisal Halim cergas, teruja jalani fisioterapi — Hannah Yeoh

PERKEMBANGAN terbaharu mengenai pemain kebangsaan negara, Muhd Faisal Halim kini semakin positif apabila teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti biasa.

Menerusi laporan Bernama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilapor berkata, keadaan kesihatan pemain Harimau Malaya itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat positif tentang keadaan dirinya.

“Beliau kelihatan cergas dan teruja tentang fisioterapi kerana ingin kembali beraksi,” katanya kepada pemberita pada Program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting di Klang, Selangor pada Ahad.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.