GARA-GARA terlalu lantang bersuara, timbul salah faham dalam pengurusan Caliph Buskers sehingga menyebabkan pemain dram iaitu Fendy mengumumkan pengunduran dari kumpulan berkenaan.
Digugurkan daripada kumpulan itu pada Ahad lalu, Fendy atau Fendy Adlun, 33, berkata keputusan dibuat itu bukanlah kerelaan hatinya.
“Apa yang boleh dikatakan memang saya dibuang sejak Ahad lalu. Pemberitahuan itu dibuat hanya melalui Whatsapp sahaja. Puncanya berlaku sedikit salah faham dan mungkin disebabkan saya pernah melontarkan idea yang terlalu keras.

Fendy mengakui dirinya digugurkan atas sebab salah faham.






