PELAKON veteran Datuk Ahmad Tarmimi terkilan apabila tidak berkesempatan melawat rakan baiknya Allahyaraham Datuk Hail Amir semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu.
Tarmimi atau Ahmad Tarmimi Siregar Mohd Kamal, 74, memberitahu dia terlewat 30 minit sebelum arwah disahkan meninggal dunia pada petang Isnin.
“Saya dapat khabar tentang keadaannya dua hari lalu tapi tapi saya sibuk dan baru berkesempatan menziarahinya semalam.

Tarmimi sempat bertemu arwah semasa puasa lalu.







