BERBAKI tiga hari lagi, pasukan-pasukan Liga Super akan memulakan kempen baharu Liga Malaysia (Liga M) dengan perlawanan pertama di antara dua gergasi bola sepak negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada Jumaat nanti.
Aksi sulung Liga Super itu bakal menjadi tumpuan seluruh negara apabila juara pasukan juga akan menjulang Piala Sumbangsih atau dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, selain memberikan tiga mata penuh buat pemenang.
JDT yang kini dibimbing oleh Hector Bidoglio berjaya mengharungi aksi pramusim di bumi Sepanyol dengan cemerlang apabila merekodkan lima kemenangan dan tewas satu perlawanan ketika berdepan CD Eldense.






