MANCHESTER United berjaya menjaga maruah meskipun hampir dimalukan kelab divisyen dua, Conventry City dengan meraih kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, London pada Ahad.
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas Conventry yang sebelum itu ketinggalan sebanyak tiga gol mencipta kebangkitan sensasi untuk mengikat United 3-3.
Manchester mendahului pada minit ke-23 apabila McTominay menjaringkan gol dari hantaran lintang Diogo Dalot dan tandukan Maguire sekali gus meletakkan mereka di kedudukan selesa dua gol tanpa balas pada separuh masa pertama.






