TATKALA setiap kelab Liga Super membuat persediaan pramusim, Kelantan Darul Naim (KDN) FC turut tidak mahu ketinggalan dalam mengadakan aksi pemanas badan.
Di bawah kendalian penolong Ketua Jurulatih ketika ini, Rezal Zambery Yahya berkata, pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu akan beradu tenaga dengan salah sebuah wakil kelab di Thailand.
Tidak seperti kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bersemangat untuk terbang ke Sepanyol, KDN FC memilih kelab di negara jiran untuk mengadakan aksi pramusim.





