TERENGGANU FC (TFC) terpaksa akur apabila dua pemain utama, Azam Azmi Murad dan Ivan Mamut terpaksa diketepikan akibat kecederaan serius yang memaksa mereka berehat panjang walaupun musim baharu Liga Super masih belum bermula.
Azam Azmi disyaki mengalami kecederaan lutut yang serius selepas aksi Harimau Malaya dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 26 Mac lalu.
Manakala Ivan Mamut pula mengalami kecederaan ‘tendon achilles’ pada kaki kirinya semasa menjalani latihan persiapan pramusim yang memerlukannya tempoh rehat antara empat ke enam minggu.





