KELAB Liga Super, Selangor FC dilaporkan rancak mengadakan persiapan bagi mengharungi kejohanan pramusim sebelum saingan musim baharu bermula.
Dijadualkan akan diadakan pada akhir April ini, Selangor bakal menjemput tiga kelab Asia untuk bertarung dalam kejohanan pramusim itu yang dilihat sebagai ‘majlis perasmian’ Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya yang telah dinaiktaraf bagi mengikuti syarat ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Kejohanan pramusim itu sebenarnya pernah dilakukan Selangor. Pada 2020, mereka telah mengadakan Selangor Asia Challenge dengan Stadium Shah Alam menjadi lokasi kejohanan ketika itu.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.








