RINDU arwah ibu tercinta, personaliti media sosial Ubai meluahkan rasa syukur kerana berkat doa ibundanya itu dia dikurniakan seorang isteri yang baik dan rezeki melimpah ruah.
Berterima kasih atas segala pengorbanan arwah semasa hayat, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, berjanji akan menjaga isteri iaitu Shila Amzah dan keluarga dengan baik.
“Alhamdulillah mak, atas doa mak Ubai dapat isteri yang sangat baik, rezeki yang melimpah ruah dan tak lama lagi mak akan dapat cucu pertama.
Shila dan Ubai bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.