USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu tidak mahu mengharapkan ‘gift’ daripada penonton dalam setiap kali bersiaran langsung di TikTok miliknya sebagai cara mendapatkan wang.
Sebaliknya Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia lebih senang penonton membeli produk yang dijual kerana itu tujuan utama dia membuat video siaran langsung di platform berkenaan.
“Bila buat live ramai DM nak bagi kerja dan sumbangan, tapi saya bukan minta duit cuma minta kerja, buat live pun nak cerita fasal kehidupan saya.







