PELAKON dan penyanyi Izzue Islam memberi amaran kepada mana-mana pengguna media sosial agar tidak menggunakan namanya demi meraih keuntungan terutamanya melibatkan produk kehamilan.
Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 34, berkata, dia tidak mahu pengguna terpedaya apabila membeli sesuatu produk yang tidak diketahui tahap keselamatannya.
Lebih buruk, dia tidak mahu ada pihak menyalahkan dia kerana mungkin ada di antara pengguna membuat pembelian kerana melihat penjual menggunakan wajahnya.

Izzue sentiasa berterima kasih atas doa untuknya memiliki cahaya mata.






