PENYANYI Ara Johari menerima baik setiap teguran diberikan kepadanya tentang soal pemakaian terutamanya selepas dia mengenakan hijab dalam sebuah majlis awal Ramadan lalu.
Ara atau Nurfarrah Izzatir Johari, 27, berkata, sebagai seorang wanita pastinya dia akan sentiasa cuba memperbaiki diri dan berharap akan diberi hidayah untuk kekal menutup aurat.
“Seperti saya kata sebelum ini, saya tampil berhijab sebab menghormati majlis. Doakan yang baik-baik untuk saya dan semoga selepas ini saya akan terus bertudung.

Imej Ara bertudung mendapat pujian ramai.






