Sukan

[VIDEO] Bergson puas hati dapat ilmu pantun Farizal, Hulk JDT perlu tinggal lama untuk pandai BM

PENYERANG prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva sering menggembirakan hati penyokong dengan ledakan golnya untuk membantu Harimau Selatan meraih pelbagai anugerah di saingan domestik dan juga persada antarabangsa.

Selain gol-gol cantik yang sudah dicetaknya untuk juara Liga Super 10 kali berturut-turut berkenaan, karakter penyerang kelahiran Brazil tersebut juga sering mencuri tumpuan penyokong Harimau Selatan.

Telatah Bergson sebelum ini yang gigih bertutur dalam bahasa Melayu sememangnya mencairkan hati penyokong dengan ramai pemain ke-12 memuji usahanya untuk cuba berkomunikasi dalam bahasa ibunda tanah air.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh