LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) mengesahkan Kelantan FC menyertai saingan Liga M3, yang kini dikenali sebagai Kejuaraan Bank MBSB (MBC) bagi musim 2024/25.
Sebelum ini, Kelantan FC disingkirkan daripada saingan Liga Super kerana gagal mendapatkan lesen kebangsaan susulan isu tunggakan gaji yang membelenggu skuad The Red Warriors (TRW) itu.
Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan pertambahan bilangan pasukan yang mengambil bahagian menunjukkan keyakinan dan sokongan pemain dalam industri bola sepak tempatan terhadap MBC 2024/25.






