GURAUAN pelakon Bella Astillah ketika membuat persembahan di Borneo Mega Raya Fest 2024 pada Jumaat lalu mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 30, memberitahu sekiranya suami menghilangkan diri, para isteri perlu mencari di rumah kawan terlebih dahulu.
Respon spontan itu selepas seorang pengunjung menasihati Bella agar tidak bersedih berdepan kemelut rumah tangga.

Menerusi video yang tular, Bella dilihat turut ketawa melihat sorakan pengunjung.






