SAMA seperti kelab-kelab lain di Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menjalani perlawanan pra-musim sebagai pemanas badan sebelum saingan bermula.
Bagi juara 10 kali Liga Super, mereka mengadakan perlawanan persahabatan menentang jaguh Singapura iaitu Lion City Sailors (LCS) dalam siri pertemuan pra-musim.
Kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu sesama sendiri sebanyak dua kali dengan LCS menjadi tuan rumah terlebih dahulu sebelum JDT menerima kunjungan mereka di Iskandar Puteri.





