SETELAH beberapa musim memanaskan bangku simpanan di Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengambil keputusan untuk menyertai Terengganu FC (TFC) secara pinjaman.
Penyerang yang dikenali dengan kelincahan di atas padang itu disambar dengan hasrat Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner mampu menghidupkan semula kariernya menjelang musim 2024/25.
Melihat kepada situasi skuad Sang Penyu musim lalu, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu semakin hampir untuk beraksi dengan kerap musim depan.






