DIMINTA mengalihkan kaki yang dianggap menganggu laluan punca penyanyi era 80-an Shidee bergaduh dengan abang iparnya dalam kejadian di rumah ibu mentuanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.
Shidee atau Rashid Abdul Wahab, 65, berkata, ketika ditegur abang iparnya dia sedang duduk menghafal lagu dan mempersoalkan mengapa dia perlu mengalihkan kakinya.
Katanya, abang iparnya yang berusia 41 tahun kemudiannya masuk ke bilik air sebelum keluar dan memarahinya sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka.

Shidee keliru dengan punca perbalahan bersama abang iparnya.






