USAHAWAN Madammu terpanggil untuk memberi sumbangan pakaian baharu buat golongan memerlukan bersempena kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.
Madammu atau Eriyca Baiduri, 34, berkata, dia terpanggil untuk berkongsi rezeki selepas tersentuh membaca berita mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya.
“Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tidak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan terpaksa dilalui mereka.
Madammu akan menyediakan 1,000 helai pakaian untuk golongan wanita.